Saya yakin dan percaya ramai antara kita yang selalu terdedah kepada bom jangka. Iaitu gas siliender di rumah anda, dan saya yakin ada antara rumah kita mempunyai lebih daripada satu gas silinder memasak. Jarang lagi rumah, di Malaysia ini menggunakan sistem elektrik untuk memasak, memandangkan ia memerlukan banyak modifikasi
Ia sebenarnya satu benda yang selamat jika anda menitik beratkan keselamatan di rumah.
Pertama, pastikan ada pengudaran yang baik di dapur anda, dimana tingkap di buka dan tiada udara terperap di di bahgian dapur anda. Keadaan ini membahayakan jika berlaku kebocorna gas silinder, dimana pada waktu itu, gas daripada bahagian yang bocor itu akan berkumpul di bahagian dapur dan boleh menyebabkan kebakaran.
Jika anda terbau gas, jangan ambil enteng dengan bau tersebut, terus ke bahagian dapur dan asingkan antara gas dan injap dapur anda, dan pastikan ianya tertutup. Kemudian matikan bekalan elektrik di rumah anda, dan juga paling penting tidak menyalakan api.
Jangna letak barang-brang mudah terbakar berhampiran dapur anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan