Selasa, 10 Julai 2012

Pemasangan Kabinet Dapur di Saujana Impian, Kajang

Tarikh pemasangan : 10 Julai 2012
Warna : Merah, kelabu

Item : door unit, wall unit, tall unit 24", dish rack, POB Bottle, ventalation holes







Terima kasih kepada owner, kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Isnin, 18 Jun 2012

Pilihan Warna Solid Terang


Warna-warna terang seperti MERAH, KUNING, HIJAU adalah antara warna pilihan terbaru untuk melengkapkan kabinet dapur, warna ini dipadankan dengan kombinasi putih ataupun silver. Pada bahagian tepi ABS. Yang Menariknya, warna-warna tersebut menggunakan material Melamine, sesuai dengan budget anda.

Pilihan warna-warna terang seperti ini dapat diserasikan dengan menggunakan "built in handle" ataupun aluminum handle. Penggunaan kedua-dua material tersebut amat serasi. Justeru, kabinet dapur moden anda akan lebih nampak jelas terang.

Disini kami sediakan beberapa gambar pemasangan yang telah kami lakukan.





Warna-warna ini mampu memberikan kecerian dalam hidup anda. 



Ahad, 27 Mei 2012

Mobile Island Kitchen Kabinet

Island table, ini dipasang di Bangi, Kajang. Keunikan island table kali ini, ia mempunyai roda, dan boleh dipindahkan di mana-mana bahagian rumah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai keluasan tempat yang terhad. Kami berjaya "sorok" tayar tersebut, supaya nampak seperti island table biasa. Terima kasih tuan rumah dengan idea yang diberikan dan Team Kabinetdapur.my yang berjaya menjadikan ia sebagai satu realiti.




Jumaat, 27 April 2012

Kabinet Dapur di Permata Fardeson Apartment, Jalan Kepong

Tarikh Pemasangan : 21 April 2012
Lokasi Pemasangan : Permata Fardeson Apartment,  Kepong
Pemasangan : Door Unit, Wall Unit
Material : Melamine ABS 




Assalamaualaikum


Kami mendapat panggilan daripada Tuan Rumah untuk  kami mengukur kabinet dapur di rumah nya. Rumah ini, tidak jauh daripada rumah kediaman beliau sekarang. Setelah siap beliau melakukan renovasi di rumah, saya datang untuk mengukur, dan memberikan harga beserta pilihan warna untuk kabinet dapur idaman beliau

Mereka sekeluarga memilih 2 tone warna, iaitu kelabu gelap dan silver. Kombinasi 2 warna pilihan amat menarik sesuai dengan warna di bahagian dapur.

Gambar dibawah adalah hasil pemasangan kami selama 1 hari ini.


Door Unit dan Wall Unit



Dish Rack 


Two tone colour

Pull Out basket





Di akhir pemasangan, tuan rumah dan Isteri berpuas hati dengan pemasangan yang kemas daripada team kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas kepercayaan mereliasaikan impan kabinet dapur.

Hendak kan kabinet dapur ke rumah anda? hubungi saya Khairul Anwar ; 019 271 7006 ; email : khairul@kabinetdapur.my 
Satu lagi bukti! kami lakukan yang terbaik untuk kabinet dapur rumah anda............

Kabinet Dapur, Wardrobe dan Study Table di Damansara Utama

Tarikh Pemasangan : 16 - 17 April 2012
Lokasi Pemasangan : Damansara Utama
Pemasangan : Door Unit, Wall Unit, Tall Unit, Wardrobe (2Unit), Study table + 2 Tall Unit
Material : Melamine ABS + Mieco worktop (study table)

Assalamualaikum

Kami mendapat panggilan daripada seorang Profesional, untuk memasang Door Unit di rumahnya. di Damansara Utama, pada malam itu, kami terus ke rumahnya di Damansara Utama untuk melangsungkan hajat beliau untuk memasang door unit. Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi impian kami untuk merelasasikan kabinet dapur pilihan beliau kami amat hargai. Kami juga sentiasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana mempercayai kami dalam merelasiasikan kabinet dapur.

Setelah sampai di rumah, beliau mengajak saya untuk mengukur di bahagian atas, rupanya ada tambahan kepercayaan untuk membuat wardrobe di rumah beliau. Kami ukur setiap bahagian dan menjadikan kabinet dapur impian beliau satu rialiti, kami sediakan satu plan yang dilukis menggunakan tangan.

Perjumpaan kedua, kami sertakan plan kabinet dapur menggunakan imej 3D dan beliau juga berpuas hari dengan design yang digunakan. Setelah beliau bersetuju, kami tetapkan tarikh pemasangan.

Terima kasih kepada semua crew yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Disertakan gambar pemasangan yang telah kami lakukan

Wardrobe 1

Wardrobe 2

Study Table (pintu sebelah itu dipasang pada hari berikutnya..)

Kabinet Dapur di Cyberjaya (7 Unit)

Kami mendapat kepercayaan daripada tuan rumah untuk memasang kabinet dapur terhadap 7 unit rumah yang beliau akan sewakan. Alhamdulillah, pemasangan telah dijalankan secara berperingkat.

Koleksi gambar pemasangan kami, daripada unit yang telah siap.







Disebabkan rumah ini adalah untuk disewakan, kami mencadangkan menggunakan konkrit table top, supaya lebih tahan.  Kami juga menggunakan built in handle, supaya kabinet dapur lebih nampak kemas.

Wassalam

Hendak kan kabinet dapur ke rumah anda? hubungi saya Khairul Anwar ; 019 271 7006 ; email : khairul@kabinetdapur.my

Bukti! kami lakukan yang terbaik untuk kabinet dapur rumah anda............



Isnin, 9 April 2012

Pemasangan Kabinet Dapur di Cyberjaya

Tarikh Pemasagan : 6 April 2012
Tempat : Cyberjaya, Selangor
Material : Melammine ABS + Meico Worktop

Owner memberikan kepercayaan tulus kepada kami, kabinetdapur.my untuk memasang kabinet dapur ke rumah. Alhamdulillah kami dapat jalankan amanah dengan baik.

Material yang digunakan oleh owner adalah Melamine ABS. Kami juga letakan accessoriseperti Dish Rack, Drawer dan juga kami gunakan built in handle, suapaya nampak lebih kemas. Disini ada dua keping gambar pemasangan kami, cam mana? o.k?



Putih itu menawan, tunggu gambar pemasangan yang seterusnya,,,, 

Rabu, 21 Mac 2012

Promosi KabinetDapur.my; sehingga 30 April 2012

Jangan Lepaskan Peluang yang Berharga ini!~
Hubungi Khairul Anwar Bin Abu Mansor Hp : +6019 271 7006 Email : khairul@kabinetdapur.my Tempah Kabinet Dapur Rumah Anda!

Ahad, 11 Mac 2012

Suri Puteri Service Apartment - Bar Unit, Door Unit dan Concrete Table Top

Salam, saya mendapat kepercayaan daripada owner sebuah kondominium mewah di Seksyen 20, Shah Alam untuk melengkapkan pemasangan kebinet dapur.
Pemasangan di Suri Puteri Service Apartment, adalah seperti berikut 
- Door Unit 
- Concrete Table Top 
- Drawer (1 Unit) 
- Bar table (1 unit)

gambar-gambar lain boleh lihat di www.fb.com/kabinetdapur.my

Owner hubungi saya dan membuat temujanji pertama pada 22 Februari di rumah beliau di sana. Alhamdulillah, owner setuju dengan plan yang dicadangkan, temu janji demi temu janji dilakukan selepas tarikh tersebut untuk memastikan bahawa pemasangan dilakukan dengan sempurna dan memenuhi kehendak pelanggan. Yang penting bagi owner, akhir bulan 3 nie mesti siap (itu satu tempoh masa yang panjang buat kami).

Konkrit table top mengambil masa selama 5 hari bermula daripada 28 Februari sehingga 3 March 2012. Kami menggunakan tile berwarna gelap, supaya ada kontra pada permukaan dan mudah dijaga. Owner juga minta permukaan cermin ditutup. :)

Manakala pemasangan Door Unit, Drawer dan Bar table dibuat sehari sahaja pada 10 March 2012. Pemasangan yang cepat dan kemas oleh team daripada kabinetdapur.my, memuaskan hati pelanggan.
Terima Kasih kepada Owner, kerana mempercayai kami. Yang penting, cepat, kemas, dan murah.

Isnin, 13 Februari 2012

Like Fan Page kami di FACEBOOK www.facebook,com/kabinetdapur.my. Untuk mengetahui aktiviti pemasangan kami dan berita terbaru kami...

Jom Like!