Isnin, 27 Ogos 2018

Tips untuk mendapatkan dapur yang bersih!

Tips : Untuk betul-betul anda dapat pastikan bahawa dapur anda betul-betul bersih dan selamat digunakan

Selalunya, di mana bahagian dapur anda yang tercemar dengan bacteria. Jawapan dia adalah papan pemotong daging. Macam tak percaya kan, tapi kalau x percaya boleh check balik, papan pemotong tue ada yang dah sampai hitam dah. Kalau yang dah hitam tue, boleh gi tukar sekarang. 

1. Basuh buah-buahan yang berkulit.
Sebelum anda semua potong buah-buahan tersebut, termasuk sebesar tembikai, basuh la dulu, permukaan tembikai itu dengan air sink, ditakuti racun ataupun bakteria yang terkumpul di bahagian kulit buah-buahan tersebut, boleh termasuk ke permukaan dalam setelah di potong. Kalau dapat dengan air yang sedikit suam pun ok. 

2. Masak dengan suhu tinggi
Sekarang ini, amat jarang kita lihat dapur kita mempunyai thermometer di dapur. Tetapi bagi mereka yang suka masak "Half cooked" anda harus pastikan bahawa daging yang di masak telah mencapai suhu optimum, sebagai contoh masak ayam half cooked mesti mencapai suhu lebih daripada 74 degree Celcius.

3. Bersihkan span.
Kalau boleh tukarlah span setiap seminggu atau dua minggu. Janganlah menggunakan span basuh pinggan itu sampai sebulan. Dan pastikan bahawa span itu kering selepas digunakan

4. Guna dua papan alas pemotong
Satu untuk daging, dan satu lagi untuk sayur. Dan gunakan dua jenis pisau, pisau untuk daging dan sayur. 

5. Bersihkan peti ais anda
Saya tahu, perkara ini adalah perkara yang paling jarang di lakukan. Sebab leceh nak keluarkan semua makanan. Buatlah setiap dua minggu. Dengan menggunakan air panas dan sabun. GUnakan dettol pun boleh jugak. Jangan ingat, di dalam peti ais tiada bakteria. Bakteria ada, cuma dia tak aktif di cuaca di luar sahaja. 

6. Bersihkan tangan
Macam nie cara basuh tangan yang betul, terutama sebelum makan. Paling kurang, 20 saat. Sabun di bahagian luar tangan dan celah-celah jari anda. Dan pastikan tangan anda betul-betul kering selepas di basuh. Gunakan tissu atau kain yang kering, jangan guna semula kain yang basah. Saya tahu, sebab kadang-kasang sebelum makan tue lapar kan, sebab itu basuh tangan pun lebih kurang ja sebelum makan. 
Kebersihan dapur, adalah perkara yang penting, sebagaimana kita menitik berat kedai makanan yang diberi A dalam aspek kebersihan, begitu juga dengan dapur kita. Mesti kelas A dari aspek kebersihan. 


Ikhlas dari
Team, Kabinet Dapur.my