Sabtu, 2 Disember 2017

Karpet - Bahaya Udara di dalam rumah

Antara cara yang paling biasa digunakan oleh masyarakat kita di Malaysia ini, untuk melihat kawasan tempat tinggal kita seperti sebuah istana dan juga selesa u ntuk duduk di lantai, adalah dengan meletakkan karpet ataupun bahasa dewan pustaka iaitu Permaidani.

Namun keselasaaan dan keindahan lazim mengetahui akan dikongsikan bersama dengan alergen, debu, bakteria dan bahan pencemar lain yang boleh menjejaskan kualiti udara dalam rumah yang sekaligus menyebabkan masalah kepada kesihatan. 

Waalaupun anda meletakkan penapis udara untuk menambah baikan kualiti dalam rumah dan selalu vacuum carpet di rumah anda untuk nampak bersih dan tidak berabuk. Ianya masih lagi menjadi punca utama pencemaran alam sekitar dan kualiti udara dalam rumah anda.

Semakin lama karpet itu dirumah anda semakin tinggi risiko terhadap kesiahatan. Debu, kotoran, bakteria dan kulat (jika karpet anda telah terkkan air dan sering lembab) yang sudah sebati dengan karpet tersebut menyebabkan ianya bertambah sukar untuk di bersihkan termasuk menggunakan bahan kmia. Dan Awas juga penggunaan bahan kimia, ke karpet. Kadang kala, ianya bukan menyelesaikan. Malah memberi keburukan kepada kualiti udara

Masalah kesihatan yang mungkin berpunca kepada karpet adalah, udara yang ada akan masuk ke dalam peparu anda. Dan penyakit tersebut antaranya
  • Masalah pada lapisan kulit
  • Selalu pening kepala
  • Masalah batuk dan sakit tekak
  • Sering keletihan
  • Mata menjadi merah dan kusam
  • Kegatalan pada hidung dan skait tekak
  • Kesukaran bernafas
Bagaimaana, cara untuk menyelesaikan masalah kesihatan daripada karpet anda. Mudah, sahaja iaitu menjaga kebersihan karpet anda termasuk kerap vacuum dan bersihkan karpet.

Di harap, apa yang kabinetdapur.my share kepada anda, menjadi manfaat kepada semua dan kalian semua


Team, KabinetDapur.my
update : 02 Desember 2017

Rabu, 12 Julai 2017

Kabinet di Ruang Makan





Spot the handle!
Spot the aluminium!

Tuan rumah bercadang untuk membuat kabinet ini di bahagian hujung sudut, untuk menyimpan barang. Kedudukan almari di sini di pasang secara wall to wall.

Dan disebabkan dia berdekatan dengan ruang tamu, dimana ramai yang ulang alik. So, owner x nak nampak die adalah almari disitu. So, kami create almari yang tiada handle. dan warna gray ini sebagai kontra kepada warna dinding.

Kami memberi cadangan warna plain ataupun, warna kayu yang coraknya tidak besar. Kenapa kami tidak cadangkan warna kayu yang bercorak besar, kerana, kami takut, jika pemotongan papan dijalankan, corak tersebut tidak bercantum antara satu pintu dan satu pintu. So memang akan sakit mata memandang, sebab die lebih kelihatan berserabut.

So, owner sangat berpuas hati dengan rekaan kabinet kami.
Insyallah.

Pemasangan dijalankan di Hijauan Height, Bangi.

Jumaat, 30 Jun 2017

Pemilihan Kabinet Berwarna Silver



Sumber Gambar Daripada © Krzysztof Strażyński
Pernah atau tidak anda terfikir untuk membuat kabinet dapur menggunakan warna gray. Jika anda berminat untuk membuat kabinet berwarna gray ini... Ini adalah tips daripada kami :

1. Warna Gray yang sesuai digunakan adalah jenis Melamine ABS ( dimana adging di bahagian tepi kabinet menggunakan PVC ). Adging tepi kabinet anda boleh pilih samada gelap sedikit daripada gray yang ada ataupun, anda boleh pilih sama warna. Jika anda memilih warna gray yang berkilat, bagi kami ianya kurang menyerlah.

2. Pintu Kabinet yang digunakan hendaklah tidak mempunyai handle. Termasuk aluminium handle. So, pilih handle yang dibuka dari dalam, lebih sesuai.

3. Permukaan meja, anda boleh pilih warna gray, silver, tetapi bagi kami, kami lebih rekemen kepada anda warna wood. Asalkan warna itu adalah cerah. Bukan kita pilih warna dark wood seperti warna Mahogany. Ia akan lebih menyerlahkan permukaan kabinet

4. Selepas kita memilih untuk gray pada bahagian kabinet, warna kombinasi pada warna dinding yang paling sesuai adalah silver, ataupun white. Bermakna warna dipilih bagi didinding disekitarnya hendaklah berwarna cerah. Supaya ruang kelihatan besar (yes semua orang tahu), dan juga nampak kabinet yang ada disekitarnya.

5. Permukaan dinding, lebih sesuai diletakkan wallpaper ataupun tiles seolah2 ianya adalah simen yang tidak dicat ataupun batu bata yang bersusun. Ataupun anda boleh memilih tiles yang berwarna putih seperti permukaan batu bata.

6. Jika ada langsir dibahagian dalaman rumah. Sesaikan dia dengan warna putih. Kerana dari situ perlukan percahayaan untuk mewarnai dan menerangai kawan sekitar kabinet anda.

7. Pencahayaan amat penting. jika ruang anda besar dan mempunyai tingkap yang besar, ianya tidak akan jadi masalah dari segi pencahayaan pada waktu siang. Bagaimana pula jika pada waktu malam ataupun kawasan tersebut kurang cahaya dan kecil? penggunaan lampu amat penting. Lampu yang sesuai dipilih adalah berwarna putih. Elakkan lampu berwarna kuning, kerana ia boleh menyuramkan suasana anda.

Jika anda memilih konsep gray pada permukaan kabinet anda, anda tidak boleh lari daripada menggunakan tiga element warna, yang penting iaitu Hitam, Coklat dan Putih. Coklat itu mesti dengan urat kayu.

Selamat Mendeco Daripada Kami


Iklas daripada Team :
www.kabinetdapur.my

#
kabinetdapurmurah
#kabinetdapurmy #kabinetdapur #warnakabinet #melamineABS #nasihat #deco #decodapur #dapur #dapurmodern #modernstyle #urbanlifestyle #kitchencabinet #malaysia #klangvalley