Jumaat, 12 Oktober 2018

Keselamatan gas silinder di rumah anda.




Saya yakin dan percaya ramai antara kita yang selalu terdedah kepada bom jangka. Iaitu gas siliender di rumah anda, dan saya yakin ada antara rumah kita mempunyai lebih daripada satu gas silinder memasak. Jarang lagi rumah, di Malaysia ini menggunakan sistem elektrik untuk memasak, memandangkan ia memerlukan banyak modifikasi

Ia sebenarnya satu benda yang selamat jika anda menitik beratkan keselamatan di rumah.

Pertama, pastikan ada pengudaran yang baik di dapur anda, dimana tingkap di buka dan tiada udara terperap di di bahgian dapur anda. Keadaan ini membahayakan jika berlaku kebocorna gas silinder, dimana pada waktu itu, gas daripada bahagian yang bocor itu akan berkumpul di bahagian dapur dan boleh menyebabkan kebakaran.

Jika anda terbau gas, jangan ambil enteng dengan bau tersebut, terus ke bahagian dapur dan asingkan antara gas dan injap dapur anda, dan pastikan ianya tertutup. Kemudian matikan bekalan elektrik di rumah anda, dan juga paling penting tidak menyalakan api.

Jangna letak barang-brang mudah terbakar berhampiran dapur anda.


Isnin, 27 Ogos 2018

Tips untuk mendapatkan dapur yang bersih!

Tips : Untuk betul-betul anda dapat pastikan bahawa dapur anda betul-betul bersih dan selamat digunakan

Selalunya, di mana bahagian dapur anda yang tercemar dengan bacteria. Jawapan dia adalah papan pemotong daging. Macam tak percaya kan, tapi kalau x percaya boleh check balik, papan pemotong tue ada yang dah sampai hitam dah. Kalau yang dah hitam tue, boleh gi tukar sekarang. 

1. Basuh buah-buahan yang berkulit.
Sebelum anda semua potong buah-buahan tersebut, termasuk sebesar tembikai, basuh la dulu, permukaan tembikai itu dengan air sink, ditakuti racun ataupun bakteria yang terkumpul di bahagian kulit buah-buahan tersebut, boleh termasuk ke permukaan dalam setelah di potong. Kalau dapat dengan air yang sedikit suam pun ok. 

2. Masak dengan suhu tinggi
Sekarang ini, amat jarang kita lihat dapur kita mempunyai thermometer di dapur. Tetapi bagi mereka yang suka masak "Half cooked" anda harus pastikan bahawa daging yang di masak telah mencapai suhu optimum, sebagai contoh masak ayam half cooked mesti mencapai suhu lebih daripada 74 degree Celcius.

3. Bersihkan span.
Kalau boleh tukarlah span setiap seminggu atau dua minggu. Janganlah menggunakan span basuh pinggan itu sampai sebulan. Dan pastikan bahawa span itu kering selepas digunakan

4. Guna dua papan alas pemotong
Satu untuk daging, dan satu lagi untuk sayur. Dan gunakan dua jenis pisau, pisau untuk daging dan sayur. 

5. Bersihkan peti ais anda
Saya tahu, perkara ini adalah perkara yang paling jarang di lakukan. Sebab leceh nak keluarkan semua makanan. Buatlah setiap dua minggu. Dengan menggunakan air panas dan sabun. GUnakan dettol pun boleh jugak. Jangan ingat, di dalam peti ais tiada bakteria. Bakteria ada, cuma dia tak aktif di cuaca di luar sahaja. 

6. Bersihkan tangan
Macam nie cara basuh tangan yang betul, terutama sebelum makan. Paling kurang, 20 saat. Sabun di bahagian luar tangan dan celah-celah jari anda. Dan pastikan tangan anda betul-betul kering selepas di basuh. Gunakan tissu atau kain yang kering, jangan guna semula kain yang basah. Saya tahu, sebab kadang-kasang sebelum makan tue lapar kan, sebab itu basuh tangan pun lebih kurang ja sebelum makan. 
Kebersihan dapur, adalah perkara yang penting, sebagaimana kita menitik berat kedai makanan yang diberi A dalam aspek kebersihan, begitu juga dengan dapur kita. Mesti kelas A dari aspek kebersihan. 


Ikhlas dari
Team, Kabinet Dapur.my

Jumaat, 2 Februari 2018

Bagimana membaca meter AIR?

Assalamualaikum

Hi,
Hari ini dapat surat daripada Syabas yang menyatakan bahawa bil semasa kami adalah bernilai RM2,xxxx.00 amat tak logik uintuk rumah kami ini, sedangkan sebelum ini kami tidak pernah membayar apa-apa bil air. Kerana penggunaan Paip yang baru dan menjimatkan dan kami pastikan semua pipe di rumah kami tutup dengan kemas jika tidak digunakan. Kami tidak bayar bil air sebelum ini kerana berada dalam subsidi daripada kerajaan negeri Selangor

Jika ada mana-mana kepala pipe di rumah kami yang bocor, cepat2 kami mengambil tools yang ada, pergi ke hardware dan tukar pipe tersebut.

Apa yang kami nak share dengan anda, betapa terkejut dengan bil. Saya terus check semua pipe ada bocor ke tidak. Sebab di rumah kami, kami pastikan boleh nampak jika ada air melempah tangki. Dan saya mula-mula cemas bila tengok sekali air dibuka, laju sahaja meter ini. Meter rosak kah?

Sebenarnya meter tak rosak, cuma cara pembacaan sahaja kene pandai.||





Ini gambar meter rumah saya, pada no meter ini terdapat no siri meter tersebut iaitu RSYA06XXXXXX itu. So bagaimana cara pembaca meter baca adalah dalam unit m3 (meter padu).
Pada angka tersebut ada jalur berwarna merah dan berwarna putih

Jalur berwarna putih bersama dengan 1(m3) kalau anda lihat pada meter rumah saya ini adalah sebanyak 764(m3)
Jalur berwarna merah pula adalah perpuluhan. iaitu 0.7690.

Next, bagaimana kiraan pada meter rumah anda? Untuk caj bekalan Air yang dikenakan oleh rakyat negeri Selangor untuk pengguna domestik



harga ada pada, bil ini. RM11.40 akan dibayar oleh kerjaan negeri selangor. kemudia 15m3 kedua adalah RM1.03perm3. dan seterusnya adalah RM2.00 per m3.

So daripada kiraan harga RM2,245.45 adalah daripada jumlah penggunaan 1150 meter.

Jika anda terkena bil sebigini banyak, apa tindakan anda perlu lakukan adalah, pergi ke penjabat Bekalan Air, dan laporkan kesalahan pembacaan meter. Zaman teknologi canggih ini, tuan boleh ambil gambar meter anda sekali.


Senangkan baca mter... bukan satu jalur itu satu m3.


Inginkan gambar pemasangan kabine dapur boleh layari www.kabinetdapur.my / www.fb.com/kabinetdapur.my