Sumber Gambar Daripada © Krzysztof Strażyński
Pernah atau tidak anda terfikir untuk membuat kabinet dapur menggunakan warna gray. Jika anda berminat untuk membuat kabinet berwarna gray ini... Ini adalah tips daripada kami :
1. Warna Gray yang sesuai digunakan adalah jenis Melamine ABS ( dimana adging di bahagian tepi kabinet menggunakan PVC ). Adging tepi kabinet anda boleh pilih samada gelap sedikit daripada gray yang ada ataupun, anda boleh pilih sama warna. Jika anda memilih warna gray yang berkilat, bagi kami ianya kurang menyerlah.
2. Pintu Kabinet yang digunakan hendaklah tidak mempunyai handle. Termasuk aluminium handle. So, pilih handle yang dibuka dari dalam, lebih sesuai.
3. Permukaan meja, anda boleh pilih warna gray, silver, tetapi bagi kami, kami lebih rekemen kepada anda warna wood. Asalkan warna itu adalah cerah. Bukan kita pilih warna dark wood seperti warna Mahogany. Ia akan lebih menyerlahkan permukaan kabinet
4. Selepas kita memilih untuk gray pada bahagian kabinet, warna kombinasi pada warna dinding yang paling sesuai adalah silver, ataupun white. Bermakna warna dipilih bagi didinding disekitarnya hendaklah berwarna cerah. Supaya ruang kelihatan besar (yes semua orang tahu), dan juga nampak kabinet yang ada disekitarnya.
5. Permukaan dinding, lebih sesuai diletakkan wallpaper ataupun tiles seolah2 ianya adalah simen yang tidak dicat ataupun batu bata yang bersusun. Ataupun anda boleh memilih tiles yang berwarna putih seperti permukaan batu bata.
6. Jika ada langsir dibahagian dalaman rumah. Sesaikan dia dengan warna putih. Kerana dari situ perlukan percahayaan untuk mewarnai dan menerangai kawan sekitar kabinet anda.
7. Pencahayaan amat penting. jika ruang anda besar dan mempunyai tingkap yang besar, ianya tidak akan jadi masalah dari segi pencahayaan pada waktu siang. Bagaimana pula jika pada waktu malam ataupun kawasan tersebut kurang cahaya dan kecil? penggunaan lampu amat penting. Lampu yang sesuai dipilih adalah berwarna putih. Elakkan lampu berwarna kuning, kerana ia boleh menyuramkan suasana anda.
Jika anda memilih konsep gray pada permukaan kabinet anda, anda tidak boleh lari daripada menggunakan tiga element warna, yang penting iaitu Hitam, Coklat dan Putih. Coklat itu mesti dengan urat kayu.
Selamat Mendeco Daripada Kami
Iklas daripada Team :
www.kabinetdapur.my
#kabinetdapurmurah #kabinetdapurmy #kabinetdapur #warnakabinet #melamineABS #nasihat #deco #decodapur #dapur #dapurmodern #modernstyle #urbanlifestyle #kitchencabinet #malaysia #klangvalley
Tiada ulasan:
Catat Ulasan