Isnin, 19 Ogos 2024

Wardrobe ( alamari pakaian ) untuk simpan barang-barang di Putrajaya

 Assalamualaikum

Disini ada satu pemasangan wardrobe yang digunakan oleh customer untuk menyimpan laugage beg dan juga kotak-kotak simpanan barang. 

Semasa diskusi peringkat awal, owner  sendiri  telah memberi tahu kami bahawa tujuan kabinet untuk simpan beg dan  juga satu kotak simpanan (box) kedalam itu.

Saya pula terus ukur kabinet tue dan  juga kotak barak itu,  dan tugas kedua saya adalah untuk  memastikan barang tersebut muat dalam itu seperti mana di amanahkan, oleh macam-macam faktor perlu kami ambil berat. 









Jumaat, 16 Ogos 2024

Concrete Kitchen Table Top For Sky Awani IV, Setapak

 Salam kali ini kami memasang kitchen concrete table top untuk projek di Sky Awani IV, Setapak. Apa bezanya dengan concrete table top yang kami pernah pasang sebelum ini, adalah. 

Kami menggunakan tiles 4inch x 2inch untuk kabinet rumah ini. so kurang nampak pembahagian pada tiles 






Khamis, 8 Ogos 2024

Konkrit Table Top di Sky Awani 4, Setapak

 Alhamdulillah 

hari ini 8 Ogos 2024, kami berjaya untuk siapkan satu konkrit table top di Sky Awani 4, Setapak 

Tengoklah gambar yang kami dah pasang. Nanti dah siap kabinet saya share lagi  




Ahad, 21 Julai 2024

Wardrobe kitchen Cabinet di Zahra Residence, Semenyih

Wardrobe cabinet,

Door Swing Door

Melamine ABS

Color : 2020 Mieco


Terina kasi owner atas sokogan yang tidak berbelah bagi. 






Ahad, 14 Julai 2024

Pemasangan Kabinet Dapur di Mercu Jalil. Bukit Jalil

Pemasangan di jalankan di Mercu Jalil, Bukit Jalil 

Kami membuat pemasangan 

- Konkrit table top

- turunkan existing feucet daripada dinding ke dari bawah. dan juga turunkan outlet air keluar ke bawah. 

- Door Unit Melamine ABS

- Wall Unit Full height 











Selasa, 2 Julai 2024

Pemasangan Kabinet Dapur di PRIMA Bukit Mahkota, Kajang

 





Pemasangan Kabinet Dapur
- Material : Melamine ABS
- Based Unit
- Tall Unit
- Wiring
- Quartz Stone
- Piping cost

Jumaat, 4 Disember 2020

Rabu, 3 Julai 2019

Optimumkan ruang pada kabinet anda

Assalamualaikum,

Hari ini saya, Khairul Anwar dari kabinetdapur.my ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara lagi untuk mengoptimumkan ruang dapur anda. Terutamanya sekali bagi mereka yang tinggal di apartment yang mempunyai ruang kawasan daopur yang sempit.

Sudah tentu, pertama anda perlukan ruang kabinetdapur, yang anda gunakan untuk menyimpan barang-barang keperluan samada di bahagian dinding ataupun di bahagian bawah. Bagi rumah apartment, kami mengsyorkan anda untuk membuat kabinet “full height” sebab ia lebih mengoptimumkan ruang yang ada untuk penyimpanan kabinet

Anda sudah ada kabinet? Tapi masih lagi tidak cukup. Tahukah anda, anda lagi satu ruang pada bahagian kabinet anda yang anda tidak gunakan dengan baik lagi. Iaitu : Pintu

Apa yang anda perlu buat adalah membeli hooks yang berkualiti di mana-mana DIY, anda juga boleh membeli bar handle dan diletakkan di bahagian belakang pintu untuk anda sangkut barang-barang yang anda selalu guna. Sebagai contoh sudip, ataupun kain yang kering.

Syaratnya, adalah barang tersebut hendaklah ringan, tidak terlampau berat, jika terlampau berat, ia akan merosakkan hinges pada bahagian pintu tersebut.

Kami mengesyorkan kepada anda untuk sangkut, cawan coffeem sudip dan senduk yang telah dikeringkan, ataupun sangkut kain kotor yang kering dan bersih untuk digunakan pada masa hadapan.

Bahagian pintu yang kami syorkan pertama, bahagian pintu di bawah sink dan dapur, kemudian bahagaian pintu di bahagian bawah, Jika anda masih memerukan, anda boleh gantung di bahagian pintu di bahagian atas. Yang penting, anda perlu pastikan bahawa pintu kabinet anda dapat ditutup.


Terima kasih.



Jumaat, 12 Oktober 2018

Keselamatan gas silinder di rumah anda.




Saya yakin dan percaya ramai antara kita yang selalu terdedah kepada bom jangka. Iaitu gas siliender di rumah anda, dan saya yakin ada antara rumah kita mempunyai lebih daripada satu gas silinder memasak. Jarang lagi rumah, di Malaysia ini menggunakan sistem elektrik untuk memasak, memandangkan ia memerlukan banyak modifikasi

Ia sebenarnya satu benda yang selamat jika anda menitik beratkan keselamatan di rumah.

Pertama, pastikan ada pengudaran yang baik di dapur anda, dimana tingkap di buka dan tiada udara terperap di di bahgian dapur anda. Keadaan ini membahayakan jika berlaku kebocorna gas silinder, dimana pada waktu itu, gas daripada bahagian yang bocor itu akan berkumpul di bahagian dapur dan boleh menyebabkan kebakaran.

Jika anda terbau gas, jangan ambil enteng dengan bau tersebut, terus ke bahagian dapur dan asingkan antara gas dan injap dapur anda, dan pastikan ianya tertutup. Kemudian matikan bekalan elektrik di rumah anda, dan juga paling penting tidak menyalakan api.

Jangna letak barang-brang mudah terbakar berhampiran dapur anda.