Rabu, 3 Julai 2019

Optimumkan ruang pada kabinet anda

Assalamualaikum,

Hari ini saya, Khairul Anwar dari kabinetdapur.my ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara lagi untuk mengoptimumkan ruang dapur anda. Terutamanya sekali bagi mereka yang tinggal di apartment yang mempunyai ruang kawasan daopur yang sempit.

Sudah tentu, pertama anda perlukan ruang kabinetdapur, yang anda gunakan untuk menyimpan barang-barang keperluan samada di bahagian dinding ataupun di bahagian bawah. Bagi rumah apartment, kami mengsyorkan anda untuk membuat kabinet “full height” sebab ia lebih mengoptimumkan ruang yang ada untuk penyimpanan kabinet

Anda sudah ada kabinet? Tapi masih lagi tidak cukup. Tahukah anda, anda lagi satu ruang pada bahagian kabinet anda yang anda tidak gunakan dengan baik lagi. Iaitu : Pintu

Apa yang anda perlu buat adalah membeli hooks yang berkualiti di mana-mana DIY, anda juga boleh membeli bar handle dan diletakkan di bahagian belakang pintu untuk anda sangkut barang-barang yang anda selalu guna. Sebagai contoh sudip, ataupun kain yang kering.

Syaratnya, adalah barang tersebut hendaklah ringan, tidak terlampau berat, jika terlampau berat, ia akan merosakkan hinges pada bahagian pintu tersebut.

Kami mengesyorkan kepada anda untuk sangkut, cawan coffeem sudip dan senduk yang telah dikeringkan, ataupun sangkut kain kotor yang kering dan bersih untuk digunakan pada masa hadapan.

Bahagian pintu yang kami syorkan pertama, bahagian pintu di bawah sink dan dapur, kemudian bahagaian pintu di bahagian bawah, Jika anda masih memerukan, anda boleh gantung di bahagian pintu di bahagian atas. Yang penting, anda perlu pastikan bahawa pintu kabinet anda dapat ditutup.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Komen