Isnin, 6 Januari 2014

Memilih Jenis-Jenis Hood di Pasaran (Tips 1 / 2014 )

Hari ini, team kabinetdapur.my ingin berkongsikan kepada anda berkenaan jenis-jenis Hood di pasaran, supaya sebelum kita membeli kita tidak terkeliru dengan kegunaan hood tersebut, penggunaan ruang, harga, dan fungsi.

Pertama, dalam market ada 3 jenis hood iaitu
i)  Designer Hood atau dikenali juga sebagai Chimney Hood,
 
(sumber gambar daripada laman web Elba)

ii) Slim Hood / built in hood

(sumber gambar daripada laman web Elba)
iii) Island hood.
 
(sumber gambar daripada laman web Fagor)

Di pasaran sekarang, kebanyakan kedai-kedai ternama seperti harvey Norman, Court dan Houz menjual Designer Hood atau Chimney Hood ini, kerana harganya yang dalam lingkungan RM1000-RM2000 atau mungkin ia menarik pandangan ramai pembeli. Selalunya di kedai tertentu pada waktu promosi, apabila pelanggan membeli Chimney Hood, mereka akan menawarkan pakej beserta Built-in Hob.

Untuk ruangan kabinet, Selalunya ada antara pengalaman kami, setelah memasang chimney hood, kami meninggikan sedikit tinggi kabinet untuk menutup ruang yang digunakan untuk Saluran keluar angin (ducting out) dari chimney hood tersebut. Dan ada sesetengah designer menutup ducting area tersebut dengan menggunakan kayu yang terbuka dibahagian dalam. Anda perlu  sediakan lubang untuk saluran tersebut (ducting out) dan saluran tersebut hendaklah kurang daripada 12 inch kedalaman daripada dinding bahagian belakang, kalau tidak nanti akan berlaku masalah sedikit semasa pemasangan kabinet. Untuk lokasi pemasangan lubang, kami akan ajarkan pada 13 Januari 2013.  Tetapi, "ducting out" hanya pilihan sahaja, ada satu pilihan lagi iaitu dengan meletakkan charcoal (arang) di saluran Chimney Hood. Charcoal ini akan neutralize kan bau masakan anda yang disedut masuk ke dalam Chimney Hood dan "recirculating" didalamnya . Di sesetengah rumah, kami mengesyorkan client kami menggunakan kaedah ini, terutamanya rumah-rumah apartment ataupun kondominium. Untuk kecantikan, Jenis Chimney Hood ini memang menjadi pilihan pengguna.

Jenis yang kedua, Slim Hood atau built in hood, jika anda lihat di kebanyakan koleksi pemasangan kami, banyak gambar Slim Hood. Slim hood ini boleh didapati dengan harga yang murah sehingga cuma RM350 sahaja. Slim hood mempunyai fungsi yang sama dengan Chimney Hood, cuma apa yang tidak boleh dibuat adalah untuk mempunyai slim hood, kita tidak perlu untuk membuat lubang saluran (ducting out) daripada slimhood ini untuk mengeluarkan udara ke luar, Tetapi slimhood ini juga boleh membuang bau, dengan meletakkan charcoal yang disediakan oleh pengeluar slim hood tersebut. Hanya kaedah recirculating sahaja.  Mereka yang memasang slim hood ini, selalunya dibahagian atas mempunyai satu kabinet ruang meletakan barang-barang. Kos pemasangan Slim Hood ini juga sangat murah, sehingga kami jarang-jarang sekali charge kepada customer yang membeli kabinet daripada kami. Dari segi kecantikan, ada sikit tetapi bagi mereka yang memerlukan ruang, dan fungsi yang sama. Slim Hood adalah rekemen designer kami.

Jenis ketiga, Island Hood, hood jenis ini kami jarang pasang, tetapi konsep die sama juga dengan Chimney Hood. Cumanya Island hood ini diletakkan di bahagian tengah. Selalunya dibahagian bawah memerlukan Island, dan wayering juga dilakukan sebelum pemasangan di buat. Untuk mereka yang berminat dengan Island Hood ini, pastikan anda mempunyai ruang dapur yang sangat luas.

Kriteria untuk memilih hood yang penting adalah

1. Suction power (kuasa menyedut), selalunya Chimney Hood dan Island Hood mempunyai kuasa sedut yang lebih tinggi berbanding dengan slim hood / built in Hood.
2. ruang yang digunakan, of course jika anda memasang depan tingkap anda tidak perlukan Hood. ataupun anda terpaksa memasak di ruang L Side dalam kawasan antara ruang kiri dan kanan, pun kalau kita letak Hood akan jadi tidak cantik. Sebagai alternative menggantikan hood adalah Excoss fan.
3. Lighting yang digunakan dalam hood ada yang menggunakan LED lamp, Candle type lamps dan halogen lamps. Manakala warna lampu yang kami syorkan adalah warna kuning. Tetapi kebanyakan sekarang mempunyai warna putih :)
4. Noise Level, ini anda perlu perhatikan sebelum membeli hood. Jangan terlampau bising daripada bunyi kipas. daripada permahatian kami, semakin mahal Hood kita beli semakin senyap bunyi pada kipas.


Excoss fan boleh digunakan untuk menggantikan Hood di permukaan dapur, excoss fan juga boleh memerangkap minyak. Pastikan anda selalu membersihkan Excoss fan rumah anda, sebab jelas kelihatan kekotoron berpunca daripada warnanya yang Putih.


( Excoss fan - jenis ini yang kami rekemen kepada anda, sebab excoss fan itu boleh memerangkap minyak dibahagian bawah. Tetapi kene selalu bersihkan, supaya minyak itu tidak meleleh, rumah saya juga menggunakan kaedah ini )

Jika anda sudah mempunyain  hood, jika berkesempatan pada hujung minggu, selalunya membersihkan dibahagian kipas dan penapis hood anda. sebab kawasan tersebut selalunya berminyak, walaupun mempunyai takungan minyak, tetapi sebenarnya ianya masih melekat di kabinet anda. Terutama jika anda kerap memasak.

Terima Kasih kerana membaca tips daripada kami.


Edited : 07 Januari 2013



13 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian tips ini,tapi yg x bestnya dah terbeli masa kedai elektrik buat jualan gudang..apapun,izinkan saya share di fb sbg panduan rakan2 fb saya..

    BalasPadam
  2. Salam.boleh tak encik kongsikan cara masukkan arang ke dlm chimney hood? Hood saya tak ada charcoal filter rasa nya. Bagaimana pula dgn k kerapan utk tukar arang tu? Tqqqq

    BalasPadam
  3. Very good info utk org yg tgh mencari hood yg sesuai utk rumah mcm sy..

    BalasPadam
  4. Ape mksd built in kitchen hob?

    BalasPadam
  5. Area klang kat mana nak cari filter bulat elba yg ada charcol tu

    BalasPadam
  6. Sapa tau bole share location nak beli filter hood....atau ws kat saya 0136766100...bantuan anda amat saya hargai...tq

    BalasPadam
  7. Sapa tau bole share location nak beli filter hood....atau ws kat saya 0136766100...bantuan anda amat saya hargai...tq

    BalasPadam
  8. Area klang kat mana nak cari filter bulat elba yg ada charcol tu

    BalasPadam
  9. http://www.senheng.com.my/17-cooker-hood

    Ada beberapa contoh hood

    BalasPadam
  10. Kat mana nak beli chimney hood dgn harga murah n bkualiti. Tq. Klau rajin ws sy 0135121849

    BalasPadam
  11. Kat mana nak beli chimney hood dgn harga murah n bkualiti. Tq. Klau rajin ws sy 0135121849

    BalasPadam
  12. Nak cari barang pergi home fair je.. macam2 ada..

    BalasPadam